3
Pelawat Komen

SEJARAH KESANG

Views

MUKADIMAH

Mukim Kesang adalah yang berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Daerah Muar yang dipisahkan dengan Sungai Muar dan merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan wujudnya kawasan perindustrian yang menarik warga Muar berhijrah ke mukim ini sejak 20 tahun lalu.



KEDUDUKAN


Pusat Pentadbiran mukim adalah di Kompleks Penghulu,Mukim Kesang,Ledang di Kilometer 11.2 Jalan Muar-Melaka. Kedudukannya adalah hanya 2.0 kilometer dengan sempadan Johor/Melaka iaitu Sungai Rambai. Kawasan Mukim adalah bermula dari Jambatan Sultan Ismail, Muar, ke Tangkak sehingga Sungai Sendok dan ke Melaka adalah Jambatan Kesang / Sungai Rambai.




SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA KESANG

Nama Kesang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Dalam sejarah Melayu, susunan Tun Sri Lanang dan catatan penulis Portugis, 'Tome Pire' yang berada di Melaka antara tahun 1511-1513, menyatakan kawasan yang terletak ke selatan Melaka dipenuhi kampung-kampung yang penduduknya ramai. Mereka bersawah bendang, berkebun, menternak dan menangkap ikan.


Dalam peta Portugis abad ke 16 ( British Meseum P.14338 ), Kesang dicatat dalam peta itu sebagai Casan mempunyai satu terusan dari tebing Sungai Kesang hingga ke pantai Tanjung Gading. Terusan ini dicatat pada peta sebagai 'Terucan'. Peneroka asal kawasan ini ialah orang-orang Jawa yang sudah lama berketurunan tinggal di Melaka menjadi pedagang dan askar upahan Zaman Kesultanan Melaka.


Sepanjang terusan dari Kuala Kesang ke Tanjung Gading dipenuhi sawah padi,
Dua ancaman yang sering dihadapi oleh pesawah padi disini ialah tanah yang selalu kering (kersang), terusan dibina untuk mengairi sawah padi, kedua ialah ancaman serangga yang memusnahkan padi dinamakan 'kesang' nama saintifiknya 'Acanthocoris Scabator'. Dua ancaman ini 'kersang' dan 'kesang', penduduk ketika itu manamakan kawasan itu dengan nama Kesang.


Oleh kerana masyarakat Jawa ramai disini, Sultan Abu Bakar telah melantik Penghulu pertama disini Marjin Bin Jaafar ( nenek moyangnya berasal dari Jawa ). Antara kampung di Kesang ialah Kampung Kesang Tasik, Kampung ini dibuka oleh Lahir atau Moin dikenali dengan panggilan Tok Kesang, berasal dari Daerah Kendal, Pulau Jawa.




Pada 10 Mac 1855, melalui perjanjian Temenggong Daeng Ibrahim dan Tengku Ali, Kesang diletakkan dibawah pemerintahan Tengku Ali ( Sultan Ali Iskandar Ibni Sultan Husain Shah : 1855-1877 ). Kesang menjadi sebahagian negeri Johor melalui perang Jementah ketika Johor diperintah oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1880.




Rujukan dan Pengesahan Sejarah dari Yayasan Warisan Johor.

Disahkan oleh

Haji Kamdi Bin Kamil
Pegawai Sejarah
Yayasan Warisan Johor..




PETA MUKIM KESANG.


klik untuk besarkan







                          

3 comments:

  1. terima kasih. maklumat yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  2. Saya pewaris sultan Ali ke 4 berminat nak melihat kembali istana sultan Ali..masih wujud kah?

    ReplyDelete
  3. Boleh hubungi saya
    017-7482012

    Sy berminat nak menglungsuri sejarah keturunan saya… di sini
    Jika ada yg ingin berkongsi..

    ReplyDelete

COPYRIGHT BY ADMIN KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KESANG